189 - *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946
This Act regulates second-hand dealers in Peninsular Malaysia through licensing, display, record-keeping, reporting, inspection, and penalties.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 189 - *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
189 - *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946
AI-assisted research summary: This Act regulates second-hand dealers in Peninsular Malaysia through licensing, display, record-keeping, reporting, inspection, and penalties.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _________ VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI _________ Akta 189 AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 Sebagaimana pada 1 Januari 2013 2 AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 Pertama kali diperbuat … … … 1946 (Ordinan No. 21 tahun 1946) Disemak … … … 1977 (Akta 189 m.b.p 1 Oktober 1977) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 189 AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pegawai pelesen 4. Mengeluarkan lesen menurut budi bicara 5. Pengecualian 6. Lesen 7. Lesen hendaklah dipamerkan 8. Waktu perniagaan 9. Penalti 10. Mengeluarkan lesen 11. Pembatalan 12. Buku akaun 13. Maklumat mengenai harta curi 14. Laporan mengenai pembelian atau penjualan bahagian kenderaan motor 15. Pegawai polis boleh memasuki dan menggeledah kedai peniaga berlesen,dsb. 16. Merayau-rayau 17. Menyerahkan kepada pemunya 18. Tanggungan peniaga dan pekhidmat terhadap perbuatan pekhidmat 19. Bidang kuasa 20. Kaedah-kaedah 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 Seksyen 21. Kuasa untuk mengubah Jadual Kedua 22. Pemansuhan JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA JADUAL KETIGA JADUAL KEEMPAT 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 189 AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal dan melesen peniaga barangan sekendhend. [1 Ogos1946] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Peniaga Sekendhend 1946, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1Ogos 1946. (2) Akta ini hendaklah dipakai dalam Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bahagian kenderaan motor” ertinya apa-apa bahagian komponen bagi kenderaan motor dan apa-apa tayar, tiub, lampu, alat atau apa-apa pasangan, alat tambah, alat cantum atau kelengkapan lain bagi kenderaan motor; “daerah” ertinya sesuatu daerah yang ditadbir sebagai suatu daerah atau daerah kecil polis; “harta curi’ ertinya harta yang telah berpindah milik oleh sebab kecurian, atau oleh sebab pemerasan, atau oleh sebab rompakan, dan harta yang telah disalahgunakan secara jenayah atau yang mengenainya pecah amanah jenayah atau penipuan telah dilakukan, sama ada pindah milik itu telah dibuat atau salah guna atau pecah amanah atau penipuan itu telah dilakukan di dalam atau di luar 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 Malaysia; tetapi jika harta itu kemudiannya sampai ke dalam milikan orang yang berhak memilikinya di sisi undang-undang, harta itu, tidak lagi menjadi harta curi; “kedai” termasuklah rumah, tempat perniagaan atau premis lain; “kenderaan motor” ertinya kereta yang dijalankan dengan kuasa jentera yang dicadangkan atau disesuaikan untuk digunakan di jalan raya; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi mengawal selia peniaga sekendhend; “orang” termasuklah sesuatu firma atau seseorang yang menjalankan perniagaan atas nama sesuatu firma; “pegawai pelesen” ertinya Ketua Pegawai Polis dan termasuklah mana-mana pegawai polis yang kepadanya dia boleh mewakilkan kuasa di bawah seksyen 3; “peniaga pelesen” ertinya seseorang peniaga yang dilesenkan atau dikecualikan daripada dilesenkan di bawah Akta ini yang berniaga barangan sekendhend sahaja, atau yang berniaga barangan sekendhend berserta barangan bukan sekendhend. Anggapan (2) Tiap-tiap orang yang dalam milikannya barangan sekendhend didapati sebagai didedahkan untuk jualan, atau yang didapati ada dalam milikannya barangan sekendhend dalam kuantiti luar biasa, hendaklah disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai seorang peniaga barangan sekendhend. Peniaga Sekendhend 7 Pengecualian (3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dipakai bagi barang kemas yang dibeli semula oleh seseorang tukang emas atau jauhari yang telah dijual olehnya. Pegawai pelesen 3. Dalam tiap-tiap satu Negeri, Ketua Pegawai Polis adalah pegawai pelesen tetapi dia boleh mewakilkan kuasanya berkenaan dengan sesuatu daerah dalam Negeri itu kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Mengeluarkan lesen menurut budi bicara 4. Seseorang pegawai pelesen boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan lesen di bawah Akta ini kepada orang yang diluluskan olehnya setelah dibayar bayaran yang ditetapkan dan apa-apa bayaran lain yang ditetapkan. Pengecualian 5. Dalam sesuatu Negeri, Ketua Pegawai Polis boleh, menurut budi bicaranya, dan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan, mengecualikan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dalam Negeri itu daripada mana-mana peruntukan Akta ini, selain seksyen 8 atau seksyen 14, dengan syarat–syarat dan setakat mana yang disebut dalam pengecualian itu. Lesen 6. Tiada seseorang, melainkan dikecualikan daripada seksyen ini, boleh berniaga barangan sekendhend kecuali mengikut syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dalam borang dalam Jadual Pertama, dan di tempat yang dinyatakan dalam lesen itu: 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 Dengan syarat bahawa seseorang yang berniaga semata-mata barangan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau mana-mana daripadanya boleh diberi lesen dalam borang dalam Jadual Ketiga. Seksyen 7, 12, 13, 15 dan 16 tidak boleh dipakai bagi pemegang lesen itu, dan juga lesen itu tidak perlu menyatakan tempat perniagaannya, tetapi tiap-tiap pemegang lesen itu hendaklah membawa lesennya dengannya dan hendaklah mengemukakan lesen itu untuk diperiksa pada bila-bila masa apabila diminta oleh mana-mana pegawai polis. Lesen hendaklah dipamerkan 7. (1) Tiap-tiap peniaga berlesen hendaklah mempamerkan lesennya di suatu tempat yang mudah dilihat dalam kedainya. (2) Tiap-tiap peniaga berlesen hendaklah mempamerkan pada atau di atas pintu luar kedainya suatu papan tanda, sebesar dan pada tempat yang diarahkan oleh pegawai pelesen, yang hendaklah tercetak atasnya perkataan “Peniaga Berlesen Barangan Sekendhend” dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. (3) Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit. Waktu perniagaan 8. Tiada seseorang peniaga berlesen boleh menerima, membeli, menjual atau menyerahkan apa-apa barang antara pukul 7 malam dan pukul 7 pagi. Penalti 9. Seseorang yang melanggar seksyen 6 atau seksyen 8 boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak Peniaga Sekendhend 9 melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, dan, jika barangan yang diniagakan itu terdiri, kesemuanya atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, boleh, apabila disabitkan, dikenakan, sama ada bagi kesalahan pertama atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya. Mengeluarkan lesen 10. Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini— (a) hendaklah dikeluarkan oleh pegawai pelesen bagi kawasan di mana orang yang dilesenkan itu menjalankan perniagaan, setelah dibayar bayaran yang ditetapkan; (b) hendaklah tamat tempohnya pada tiga puluh satu hari bulan Disember dalam tahun lesen itu dikeluarkan; dan (c) tidak boleh dipindah milik kecuali dengan izin Ketua Pegawai Polis dan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan; tetapi, walau bagaimanapun, sesuatu lesen itu tidak boleh dikeluarkan melainkan cap jari orang yang memohon lesen itu telah diambil oleh pegawai pelesen. Pembatalan 11. Dalam mana-mana Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana yang berkenaan, dan dalam Wilayah Persekutuan, Menteri boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa membatalkan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau apa-apa pengecualian yang dibuat di bawah Akta ini. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 Buku akaun 12. (1) Tiap-tiap peniaga berlesen hendaklah menyimpan dalam kedainya— (a) suatu buku, ditulis dengan cara mudah dibaca dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, dalam mana dia hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai semua barang yang dibeli olehnya, berserta tarikh pembeliannya, harga yang dibayar baginya dan nama dan alamat orang daripada siapa dia telah membelinya dan apa-apa butir lain yang ditetapkan; dan (b) suatu buku, ditulis dengan cara mudah dibaca, dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, dalam mana dia hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai semua barangan yang dijual olehnya berserta tarikh penjualannya, harga yang diterima baginya dan nama dan alamat orang kepada siapa dia telah menjualnya dan apa-apa butir lain yang ditetapkan. (2) Buku itu hendaklah dikemukakan untuk diperiksa pada bila-bila masa apabila diminta oleh seorang Majistret atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan. (3) Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan, bagi kesalahan kali pertama, denda tidak mlebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun. Maklumat mengenai harta curi 13. (1) Maklumat mengenai apa-apa harta curi atau mengenai apa-apa harta yang telah hilang hendaklah diberi oleh polis, dengan seberapa segera yang mungkin selepas kecurian atau kehilangan itu, kepada semua peniaga berlesen, berserta senarai perihal harta itu. Peniaga Sekendhend 11 (2) Jika apa-apa harta yang bersamaan dengan senarai dan perihal itu ada dalam milikan mana-mana peniaga berlesen atau ditawarkan atau ditunjukkan kemudian daripada itu kepada mana-mana peniaga berlesen, dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu memberi maklumat bermaksud demikian itu di balai polis yang hampir sekali atau kepada mana-mana pegawai polis, berserta nama dan alamat orang yang daripada siapa dia telah memperolehi harta itu atau yang telah menawarkan atau menunjukkan harta itu kepadanya. (3) Seseorang peniaga berlesen yang tidak memberi maklumat sebagaimana dikehendaki di bawah subseksyen (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan, bagi kesalahan kali pertama, denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, dan, jika harta curi itu terdiri, kesemua atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, peniaga berlesen itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan, sama ada bagi kesalahan kali pertama atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya. (4) Peniaga berlesen itu boleh juga dalam hal yang demikian itu menahan orang yang menawarkan atau menunjukkan harta itu sehingga polis tiba. Laporan mengenai pembelian atau penjualan bahagian kenderaan motor 14. (1) Tiap-tiap peniaga berlesen yang berniaga bahagian kenderaan motor hendaklah, apabila dikehendaki dengan perintah bertulis oleh pegawai pelesen, melaporkan secara bertulis, berkenaan dengan tempoh dan dengan cara yang dinyatakan dalam perintah itu, kepada balai polis yang hampir sekali butir-butir lengkap mengenai mana-mana bahagian kenderaan motor yang telah dibeli atau dijual olehnya serta harga yang telah dibayar dan nama dan alamat penjual atau pembelinya, mengikut mana yang berkenaan. Laporan itu hendaklah ditulis dengan cara mudah dibaca dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 (2) Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi perintah itu tanpa sebab yang munasabah boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya. Pegawai polis boleh memasuki dan menggeledah kedai peniaga berlesen, dsb. 15. Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada koperal atau mana-mana pegawai polis yang ditugaskan menjalankan kerja mengintip dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara khas secara bertulis oleh pegawai pelesen untuk bertindak di bawah Akta ini, boleh memasuki mana-mana kedai peniaga berlesen pada bila-bila masa dan boleh memeriksa tanpa waran kedai peniaga berlesen itu untuk mencari apa-apa harta yang dia ada sebab bagi mengesyaki sebagai ada di dalamnya dan sebagai harta curi atau sebagai telah hilang. Merayau-rayau 16. (1) Seseorang pegawai polis yang ada sebab bagi mempercayai bahawa seseorang yang berada di dalam atau merayau-rayau di kedai peniaga berlesen dalam hal keadaan yang menimbulkan syak ada dengannya apa-apa harta curi boleh menahan orang itu dan menghendakinya mengemukakan apa-apa harta yang ada dengannya. (2) Jika apa-apa harta dikemukakan dan pegawai polis itu ada sebab bagi mengesyaki harta itu sebagai harta curi, dia boleh membawa atau menyebabkan dibawa orang dan harta itu ke balai polis yang hampir sekali untuk disenggarakan di situ mengikut undang-undang. (3) Jika seseorang yang dikehendaki mengemukakan sedemikian harta itu enggan diperiksa, pegawai polis itu boleh membawa orang itu atau menyebabkan supaya dia dibawa ke hadapan seorang Majistret, dan Majistret itu boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa atau memerintah supaya diperiksa orang itu dan jika apa-apa harta itu Peniaga Sekendhend 13 dijumpai, boleh menahannya bersama dengan harta yang dijumpai sedemikian untuk disenggarakan mengikut undang-undang. Menyerahkan kepada pemunya 17. (1) Jika seseorang disabitkan dalam mana-mana mahkamah atas suatu kesalahan terhadap Bab XVII Kanun Keseksaan [Akta 574] berkenaan dengan apa-apa harta, dan mahkamah berpendapat bahawa harta itu telah dijual kepada seorang peniaga berlesen, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, apabila dibuktikan siapakah pemunya harta itu, memerintahkan supaya harta itu diserahkan kepada pemunyanya sama ada dengan dibayar kepada peniaga berlesen itu amaun harga beliannya itu atau apa-apa bahagiannya mengikut sebagaimana yang difikirkan adil dan patut oleh mahkamah, memandangkan kepada kelakuan pemunya itu dan hal keadaan lain kes itu. (2) Mahkamah boleh juga menangguhkan perbicaraan itu untuk membolehkan peniaga berlesen itu hadir dan boleh memanggil peniaga berlesen itu supaya hadir di perbicaraan tangguhan itu. (3) Jika, selepas mendengar peniaga berlesen itu, mahkamah berpendapat bahawa peniaga berlesen itu telah tidak berhati-hati dalam membeli sesuatu harta curi, mahkamah boleh memerintahkan peniaga berlesen itu membayar denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan, atau menanggung kedua-dua penalti itu dan, jika harta itu terdiri, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, mahkamah boleh memerintahkan peniaga berlesen itu membayar denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau menanggung kedua-dua penalti. Tanggungan peniaga dan pekhidmat terhadap perbuatan pekhidmat 18. (1) Jika sesuatu perbuatan atau perkara dilakukan atau tidak dilakukan oleh mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil khidmat oleh seorang peniaga berlesen, yang, jika Peniaga Sekendhend 14 dilakukan atau tidak dilakukan oleh peniaga berlesen itu sendiri akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, peniaga berlesen itu adalah bertanggungan terhadap kesalahan itu seolah-olah perbuatan atau perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan olehnya. (2) Tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil khidmat oleh seorang peniaga berlesen dalam perjalanan perniagaannya sebagai demikian yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara yang akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh peniaga berlesen itu, hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu. Bidang kuasa 19. Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu. Kaedah-kaedah 20. Dalam mana-mana Negeri, Pihak Berkuasa Negeri itu, dan, dalam Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi mana-mana maksud yang berikut: (a) untuk menetapkan bayaran bagi lesen dan pengecualian dan bagi pindah milik lesen di bawah Akta ini; (b) untuk menetapkan borang pengecualian di bawah Akta ini; (c) untuk menetapkan syarat yang akan dicatat dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini; Peniaga Sekendhend 15 (d) untuk menetapkan buku yang akan disimpan oleh peniaga berlesen dan butir-butir yang akan dicatatkan dalamnya; dan (e) amnya untuk melaksanakan maksud Akta ini. Kuasa untuk mengubah Jadual Kedua 21. Menteri boleh mengubah Jadual Kedua melalui pemberitahuan dalam Warta. Pemansuhan 22. Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Keempat kepada Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 JADUAL PERTAMA [Seksyen 6] Wilayah Persekutuan / Negeri.............................................................. AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 LESEN UNTUK BERNIAGA BARANG-BARANG SEKENDHEND Kebenaran adalah dengan ini diberi kepada Nama penuh................................................................................................. Pekerjaan...................................................................................................... untuk berniaga barangan sekendhend di.............................................. (di sini nyatakan alamat premis berlesen) tertakluk kepada peruntukan Akta Peniaga Sekendhend 1946 dan peruntukan mana-mana kaedah dan perintah yang berkuat kuasa pada masa itu di bawahnya dan kepada syarat yang berikut: Bayaran dijelaskan RM................................ ................................................... Ketua Pegawai Polis Peniaga Sekendhend 17 JADUAL KEDUA [Seksyen 6] (a) Beg guni, kain layar, kanvas. (b) Botol. (c) Besi dan logam lama, selain loyang, tembaga, plumbum , zink dan timah bongkah. (d) Kotak dan peti kayu dan yang berlapik dengan timah. (e) Tin minyak tanah, tong minyak, dan bekas kosong lain yang seumpamanya. JADUAL KETIGA [Seksyen 6] Wilayah Persekutuan / Negeri.............................................................. Kebenaran adalah dengan ini diberi kepada................................................................ beralamat...................................................................................................................... untuk berniaga barangan sekendhend dari perihal yang disebut di bawah ini. (a) Beg guni, kain layar, kanvas. (b) Botol (c) Besi dan logam lama, selain loyang, tembaga, plumbum , zink dan timah bongkah. (d) Kotak dan peti kayu yang berlapik dengan timah (e) Tin minyak tanah, tong minyak, dan bekas kosong lain yang seumpamanya. ........................................................ Ketua Pegawai Polis 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 189 JADUAL KEEMPAT [Seksyen 22] Enakmen Peniaga Sekendhend Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Bab 86). Ordinan Peniaga Sekendhend Negeri-negeri Selat (Bab 215). Enakmen Peniaga Sekendhend Negeri Johor (No.50). Enakmen Peniaga Sekendhend Negeri Trengganu (Enakmen No. 35 tahun 1356). 19 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 189 AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk Ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Ord. M.U. 31/1946 Ordinan Peniaga Sekendhend (Pindaan) 01-01-1947 1946 Ord. N.M.B. 1/1948 Ordinan Pemindahan Kuasa-kuasa 1948 06-03-1948 P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Pengubahsuaian Undang-undang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 Akta 29/1961 Akta Peniaga Sekendhend (Pindaan) 21-09-1961 1961 20 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 189 AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 SENARAI PINDAAN Seksyen Kuasa Berkuat kuasa meminda dari 2 Ord. 31/1946 01-01-1947 Akta 29/1961 21-09-1961 3 L.N. 332/1958 13-11-1958 5 L.N. 332/1958 13-11-1958 11 L.N. 332/1958 13-11-1958 12 Ord. 31/1946 01-01-1947 14 Ord. 31/1946 01-01-1947 Akta 29/1961 21-09-1961 Jadual Pertama L.N. 332/1958 13-11-1958 Jadual Kedua L.N. 332/1958 13-11-1958 Jadual Keempat Ord. 31/1946 01-01-1947
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
189 - *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in