AI-assisted research summary: This amendment changes the Trade Descriptions Act 2011 and says registered persons must follow price-related guidelines issued by the Controller after consulting the Director General of Customs and Excise, with some advertising exempted.
Perihal Dagangan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1545 AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1545 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Oktober 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Oktober 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perihal Dagangan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1545 AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Walau apa pun subseksyen (2), seksyen 3 disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 November 2011. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1545 Pindaan seksyen 2 2. Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan sebelum takrif “barang-barang” takrif yang berikut: “ “Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;”. Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(5) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “atau” dengan perkataan “dan”. Pindaan seksyen 15 4. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa iklan yang dibuat dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan di bawah seksyen 10b Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]. (3) Setakat yang berhubungan dengan seksyen 9 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762], orang berdaftar hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang berhubungan dengan pempameranan, pengiklanan, penyiaran atau penyebutan harga yang dikeluarkan oleh Pengawal selepas berunding dengan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais. (4) Bagi maksud seksyen ini— “Ketua Pengarah Kastam dan Eksais” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; dan Perihal Dagangan (Pindaan) 5 “orang berdaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.”.