A1784 - AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026
This amendment Act changes the Legal Profession Act 1976, including Board governance, member appointments, meetings, disclosures, staffing, funds, and committee powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1784 - AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1784 - AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026
AI-assisted research summary: This amendment Act changes the Legal Profession Act 1976, including Board governance, member appointments, meetings, disclosures, staffing, funds, and committee powers.
Profesion Undang-Undang (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1784 AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1784 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 3 Februari 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 13 Februari 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Profesion Undang-Undang (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1784 AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026 Suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 4 2. Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “badan” dengan perkataan “pertubuhan perbadanan”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1784 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Lembaga hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. (3) Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya. (4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memajak, memegang, menjual dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Lembaga; dan (c) memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Lembaga.”. Penggantian seksyen 7 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut: “Keanggotaan Lembaga 7. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada— (a) Peguam Negara yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) Pengerusi Majlis Peguam yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi; Profesion Undang-Undang (Pindaan) 5 (c) seorang Hakim yang dinamakan oleh Ketua Hakim Negara; (d) Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri; (e) Ketua Pendaftar; (f) seorang anggota Badan Peguam Malaysia yang dinamakan oleh Majlis Peguam dan dilantik oleh Menteri; (g) seorang anggota sepenuh masa daripada kakitangan akademik suatu Fakulti Undang-Undang yang dinamakan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi dan dilantik oleh Menteri; (h) seorang anggota sepenuh masa daripada kakitangan akademik suatu fakulti undang-undang institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] yang dinamakan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi dan dilantik oleh Menteri; (i) seorang anggota yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan mengamal undang-undang di Negeri Sabah yang dinamakan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah dan dilantik oleh Menteri; (j) seorang anggota yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan mengamal undang-undang di Negeri Sarawak yang dinamakan oleh Persatuan Peguam Bela Sarawak dan dilantik oleh Menteri; dan (k) tiga anggota lain yang dilantik oleh Menteri. (2) Anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (1)(k)— (a) hendaklah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perundangan, pendidikan atau tatakelola; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1784 (b) setakat yang praktik, hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita, pelbagai latar belakang agama atau ras, dan orang kurang upaya; dan (c) hendaklah dapat menyumbang kepada kemajuan profesion undang-undang. (3) Mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik berdaftar tidak boleh dinamakan atau dilantik sebagai anggota Lembaga. (4) Seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(f), (g), (h), (i), (j) dan (k) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dengan apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (5) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.”. Seksyen baharu 7a, 7b dan 7c 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut: “Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 7a. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga di bawah perenggan 7(1)(g), (h), (i), (j) dan (k) tanpa memberikan apa-apa alasan bagi pembatalan itu. (2) Seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Menteri. Pengosongan jawatan 7b. Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong jika— (a) dia mati; Profesion Undang-Undang (Pindaan) 7 (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama tempoh yang melebihi dua tahun; (c) dia menjadi bankrap atau tidak solven; (d) dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) dia memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik berdaftar; (f) dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; (g) peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri; atau (h) pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri. Elaun 7c. Semua anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun dan faedah lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri.”. Pemotongan seksyen 8 5. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 8. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1784 Penggantian seksyen 9 6. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut: “Mesyuarat Lembaga dan kuorum 9. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu, tetapi tidak kurang daripada enam kali setahun. (2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga, dan jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. (3) Kuorum Lembaga ialah lapan orang. (4) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir dalam mesyuarat Lembaga berhak memberikan satu undi. (5) Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Lembaga hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir, dan jika terdapat undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai suatu undi pemutus. (6) Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri. (7) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (8) Seseorang anggota Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menzahirkan kepada Lembaga apa-apa kepentingan, sama ada substantial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota Lembaga, dalam sesuatu perkara tertentu. (9) Suatu penzahiran di bawah subseksyen (8) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya penzahiran itu dibuat, dan selepas penzahiran itu anggota Lembaga itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga. Profesion Undang-Undang (Pindaan) 9 (10) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat. (11) Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.”. Seksyen baharu 9b, 9c dan 9d 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9a seksyen yang berikut: “Pengarah dan kakitangan Lembaga 9b. (1) Lembaga hendaklah melantik seorang Pengarah Lembaga dan mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja untuk membantu Pengarah Lembaga. (2) Pengarah Lembaga hendaklah menjadi Setiausaha kepada Lembaga. (3) Pengarah Lembaga— (a) hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan yang sewajarnya bagi fungsi dan hal ehwal Lembaga selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Lembaga; (b) hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan Lembaga; (c) hendaklah bertindak sebagai pengarah bagi mana-mana kursus pengajaran atau peperiksaan yang diadakan oleh Lembaga menurut perenggan 5(e); dan (d) hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1784 (4) Pengarah Lembaga dan pekerja Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (5) Seseorang tidak layak bagi pekerjaan sebagai pekerja Lembaga jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau cadangan kontrak dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga. Wang Lembaga 9c. (1) Semua wang daripada fi dan caj yang kena dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada Lembaga. (2) Wang yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah digunakan untuk membayar semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. (3) Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, boleh dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah yang ditentukan oleh Lembaga atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang ditentukan oleh Lembaga. Lembaga boleh menubuhkan Jawatankuasa 9d. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (3) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota kepada sesuatu Jawatankuasa. Profesion Undang-Undang (Pindaan) 11 (4) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga. (5) Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (6) Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu. (7) Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (6) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (8) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah berkhidmat dengan jawatankuasa bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya. (9) Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa alasan bagi pembatalan itu. (10) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Pengerusi Lembaga.”. Kecualian 8. Pemerbadanan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang di bawah Akta ini tidak menjejaskan apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, tugas atau kewajipan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang sebelum pemerbadanannya, atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1784 - AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in